Selamat Datang ke Laman Web Rasmi Sekolah Pengajian Siswazah

Kemaskini : 23 September 2008

Pengumuman

PELAJAR BERSTATUS "DROPPED"
Perhatian kepada pelajar berstatus "DROPPED" (sila semak melalui portal pelajar), anda diminta untuk mengisi borang Semakan Pemberhentian(GS13b) dan membayar wang proses sebanyak RM50.00 kepada Bendahari UPM. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Cik Noorul Husna di talian 03-89464219. Harap maklum.

Last update : 9 Oktober 2008

KEMASKINI MAKLUMAT PENAJAAN
Perhatian kepada semua pelajar yang memegang biasiswa penajaan. Anda diminta memeriksa tempoh penajaan anda secepat mungkin untuk menyambung atau menamatkan penajaan. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Cik Noorul Husna di talian 03-89464219. Harap maklum.

Last update : 9 Oktober 2008

SKIM BIASISWA PENYELIDIKAN SISWAZAH PASCA SISWAZAH UNIVERSITI 2009 (PELAJAR TEMPATAN SAHAJA)
Maklumat lanjut, sila klik di sini.
Untuk borang biasiswa, sila klik di sini.

Last update : 26 September 2008

PERMOHONAN BIASISWA PEMBANTU PENYELIDIK SISWAZAH (GRA) SEMESTER KEDUA, 2008/2009
Maklumat lanjut, sila klik di sini.

Kemaskini: 26 September 2008

GRADUATE RESEARCH FELLOWSHIP (GRF) AGREEMENT
Kindly be informed that the GRF Agreement for the students as listed in the attachment, their GRF Agreement are now ready and can be collected from the SGS’s Scholarship Counter by the 18th September 2008. To view the list, please click here .

Kemaskini: 19 September 2008

PENGURNIAAN IJAZAH

Senat Bilangan 515 bertarikh 11 September 2008.

Kemaskini: 12 September 2008

BORANG BAHARU SEKOLAH PENGAJIAN SISWAZAH

Untuk makluman semua pengguna, penggunaan semua borang bagi urusan pengajian siswazah telah dikuatkuasakan pada 11 September 2008. Sehubungan itu semua pengguna diminta menggunakan borang baharu yang boleh didapati di portal dan laman web www.sgs.upm.edu.my

Kemaskini: 11 September 2008

PENYERAHAN TESIS UNTUK PEPERIKSAAN - SEMESTER PERTAMA, 2008/2009

Tarikh akhir penyerahan tesis untuk peperiksaan - 5 Disember 2008 (Pelajar yang menyerahkan tesis sebelum atau pada 5 Disember 2008 perlu mendaftar dan menjelaskan yuran RM350.00 untuk Semester Kedua, 2008/2009)

Pelajar yang menyerahkan tesis selepas 5 Disember 2008, perlu mendaftar dan menjelaskan yuran mengikut kadar asal (yuran penuh) untuk Semester Kedua, 2008/2009.

Kemaskini: 6 September 2008

PENGURNIAAN IJAZAH

Senat Bilangan 514 bertarikh 14 Ogos 2008.

Kemaskini: 15 Ogos 2008

BIASISWA YANG DI-PERTUAN AGONG TAHUN 2008

Permohonan adalah dipelawa daripada semua warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk memohon Biasiswa Yang di-Pertuan Agong Tahun 2008 bagi mengikuti pengajian di peringkat Sarjana dan Kedoktoran di dalam dan luar negara dalam bidang Sains dan Teknologi, Ekonomi dan Undang-undang. Untuk maklumat lanjuk, klik di sini.

Tarikh tutup: 6 Ogos 2008

Kemaskini: 31 Julai 2008

PENGURNIAAN IJAZAH

Senat Bilangan 511 bertarikh 12 Jun 2008.

Kemaskini: 17 Julai 2008

Seminar Keselamatan Diri

Bahagian Antarabangsa akan mengadakan satu seminar keselamatan diri pada tarikh dan masa berikut :

  Tarikh : 22 Julai 2008 (Selasa)
  Masa : 8:00 pagi - 12:30 tengahari
  Tempat : Auditorium Jurutera, Fakulti Kejuruteraan, UPM
  Kos : Percuma

Tarikh tutup untuk menghantar borang penyertaan ialah pada 18 Julai 2008. Sila klik pautan ini untuk maklumat lanjut dan borang penyertaan.

Kemaskini : 16 Julai 2008

MAKLUMAN SESI SERAHAN PERJANJIAN PTPTN.

Untuk maklumat lanjut, sila klik di sini.

Kemaskini : 15 Julai 2008

KEPADA SEMUA PELAJAR BAHARU SEMESTER PERTAMA SESI 2008/2009

Dimaklumkan bahawa Majlis Ikrar Pelajar Baharu Semester Pertama SEsi 2008/2009 akan diadakan seperti butiran berikut:

Tarikh : 23 Julai 2008 (Rabu)
Masa : 1.30 petang
Tempat : Dewan Besar , PKKSSAAS UPM
  1. Kehadiran adalah WAJIB.
  2. Kad Matrik akan diedarkan selepas majlis selesai.
  3. Pakaian Formal.

Kemaskini : 14 Julai 2008

NOTIS PENGHANTARAN MARKAH/GRED KURSUS SELEPAS TAMAT TEMPOH YANG DITETAPKAN

Semua pensyarah/penyelia/penasihat yang ingin memberikan markah/gred untuk kursus [termasuk Laporan Kemajuan Pelajar (borang GS-11) yang telah dikemukakan oleh pelajar] masih boleh berbuat demikian secara bersurat yang perlu dialamatkan kepada:

    Ketua Pentadbiran Pengajian Siswazah
    Pejabat Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa)
    d/a Sekolah Pengajian Siswazah
    Universiti Putra Malaysia

Bagi kursus yang telah terlebih dahulu diberikan gred TL, surat perlu dialamatkan kepada:

    Unit Rekod Akademik dan Konsortium Universiti
    Sekolah Pengajian Siswazah
    Universiti Putra Malaysia

Harap maklum bahawa gred pelajar akan menjadi TM atau F selepas 20 Julai 2008, dan akan kekal demikian.

=============================================================

Dimaklumkan juga kepada penyelia/penasihat yang menyokong permohonan pelajar untuk mengemukakan borang GS-11 lewat (pelajar belum mengemukakan GS-11) bahawa pelajar perlu mengemukakan permohonan Semakan Gred (borang GS-13a) seperti yang diputuskan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Pengajian Siswazah Universiti pada 26 Jun 2008 . Sila pastikan pelajar masing-masing melengkapkan borang GS-13a selewat-lewatnya pada 14 Julai 2008.

Terima kasih.

Kemaskini: 10 Julai 2008

KEPERLUAN MENGEMUKAKAN BORANG MAKLUMAT UNTUK BERGRADUAT (GS-17)

Semua pelajar yang berstatus 'Completed' wajib mengemukakan borang Maklumat untuk Bergraduat (GS-17) . Selain itu, bagi pelajar program dengan tesis, mereka juga perlu menyerahkan lima (5) buah tesis berjilid keras, CD bagi thesis dan dua (2) keeping gambar sendiri bersaiz paspot.

Adalah dimaklumkan bahawa surat Pengurniaan Ijazah dan Transkrip Akademik akan diserahkan atau dipos hanya kepada graduan yang mematuhi keperluan di atas dan telah disahkan tidak berhutang dengan pihak Universiti.

Terima kasih.

Kemaskini: 9 Julai 2008

KEPUTUSAN PERMOHONAN BIASISWA GRA(SAMBUNGAN) SEMESTER PERTAMA 2008/09

Dimaklumkan bahawa semua pemohon GRA (sambungan) yang telah ditawarkan bagi Semester Pertama 2008/2009 diminta untuk mengambil surat tawaran di kaunter Sekolah Pengajian Siswazah sebelum 7 Julai 2008.

Untuk melihat senarai pelajar yang ditawarkan, sila klik DI SINI.

Kemaskini: 2 Julai 2008

Kepada Semua Penerima Fellowship Penyelidik Siswazah (GRF)

Sebagai makluman, semua penerima Fellowship Penyelidik Siswazah (GRF) adalah diwajibkan untuk membantu dalam pengajaran / tutorial / amali / penyeliaan pelajar tahun akhir dan/atau menunjuk ajar iaitu selama 4 jam seminggu bagi pelajar Master dan 6 jam seminggu bagi pelajar PhD termasuk pada cuti semester. Oleh itu, tuan/puan dikehendaki mengemukakan maklumat bantuan pengajaran yang ditugaskan kepada tuan/puan bagi Semester Pertama 2008/2009 dengan melengkapkan borang yang dilampirkan.  Borang yang telah lengkap hendaklah dihantar ke Sekolah Pengajian Siswazah (SPS) selewat-lewatnya pada 10 Julai 2008. Borang yang gagal atau lewat dihantar akan menyebabkan elaun GRF tuan tidak akan dibayar.

Kemaskini: 2 Julai 2008

PERHATIAN KEPADA SEMUA PELAJAR

Diingatkan bahawa semua pelajar dikehendaki membuat bayaran yuran termasuk yuran kredit sebelum minggu ketiga Semester Pertama 2008/ 2009. Kegagalan tuan/ puan berbuat demikian akan memberi kesan kepada status semester pengajian tuan/ puan.Harap maklum.

Kemaskini: 24 Jun 2008

KEPADA SEMUA PELAJAR DENGAN TESIS

Diingatkan bahawa semua pelajar dengan tesis perlu mendaftar subjek SPS5999 bagi pelajar MASTER dan SPS6999 bagi pelajar PHD. Kegagalan tuan/ puan berbuat demikian akan menyebabkan tuan/ puan tidak dapat mengisi secara online progress report yang perlu diisi pada akhir semester.

Kemaskini: 24 Jun 2008

PENGURNIAAN IJAZAH

Senat Bilangan 511 bertarikh 12 Jun 2008.

Kemaskini: 18 Jun 2008

PERMOHONAN GRADUATE RESEARCH FELLOWSHIP (GRF), SEMESTER PERTAMA 2008/2009

Dimaklumkan bahawa permohonan Graduate Research Fellowship (GRF) bagi Semester Pertama 2008/2009 kini dibuka.

Keperluan Permohonan

Borang Permohonan

Kemaskini: 13 Jun 2008

Keputusan Biasiswa Penyelidikan Siswazah (Graduate Research Fellowship (GRF)) Bagi Pelajar Antarabangsa Sahaja

Kepada semua pemohon Biasiswa Penyelidikan Siswazah (Graduate Research Fellowship (GRF)) (pelajar antarabangsa sahaja)

Berikut diumumkan senarai pelajar yang telah disenaraikan di dalam senarai pemohon yang akan dipanggil untuk temuduga. Surat panggilan temuduga boleh diambil di kaunter biasiswa Sekolah Pengajian Siswazah bermula 12 Jun 2008.

SENARAI NAMA

Kemaskini: 11 Jun 2008

KONVOKESYEN UPM KE -32 , 18-22 OKTOBER 2008

Kepada bakal graduan yang telah mendapat kelulusan Senat antara September 2007 hingga September 2008. (Senarai graduan akan dimuatnaik dalam masa terdekat). Harap maklum.

Kemaskini: 10 Jun 2008

BORANG PERMOHONAN PINJAMAN PERBADANAN TABUNG PENDIDIKAN TINGGI MALAYSIA (PTPTN) BAGI PELAJAR TEMPATAN

Maklumat lanjut, sila klik DI SINI

Kemaskini: 9 Jun 2008

MAKLUMAN KEPADA SEMUA PELAJAR

Dimaklumkan bahawa Sekolah Pengajian Siswazah (SPS) kini dalam proses kemaskini borang permohonan Special Graduate Research Allowance (S-GRA)-(GS19a dan GS19b). Borang tersebut boleh dimuatturun di laman web SPS atau datang sendiri di kaunter SPS bermula 11 Jun 2008. Harap maklum.

Kemaskini: 3 Jun 2008

BORANG LAPORAN PEMERIKSAAN KESIHATAN PELAJAR BAHARU

Kepada semua pelajar baharu , dimaklumkan bahawa borang LAPORAN PEMERIKSAAN KESIHATAN UPM boleh dimuatturun sekarang. Sila pastikan bahawa tuan/puan telah mengisi borang tersebut sebelum pendaftaran pelajar baharu Semester Pertama 2008/2009 dibuat. Harap maklum.

Kemaskini: 3 Jun 2008

SEMINAR PENGAJIAN SISWAZAH PERINGKAT ANTARABANGSA

Maklumat lanjut, sila klik DI SINI

Kemaskini: 15 April 2008

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Staff Login Student / Guest Login sirim

 



Yuran boleh dibayar secara online melalui CIMBClicks



Tarikh Tutup Permohonan

Semester Pertama

Tempatan - 15 April

Antarabangsa -31 Mac

Semester Kedua

Tempatan - 30 September

Antarabangsa - 15 Ogos

Permohonan yang lewat akan dipertimbangkan untuk semester berikutnya.

Waktu Pejabat

Isnin hingga Khamis

08.00 pg - 05.00 ptg

Jumaat

08.00 pg - 12.15 ptg
02.45 ptg - 05.00 ptg

Tutup
Sabtu & Ahad



Tarikh Kemaskini :
9 Oktober 2008

Bilangan Pengunjung :